Thursday, December 30, 2010

SuaTu hAri NanTi

Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu

Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya

Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa
Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana
Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan

Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi

Thursday, December 23, 2010

UBATILAH HATIKU

Saat aku berhenti mengharapkan cinta darimu dan berpaling kepada Pencipta Yang Maha Agung,
ku temui ketenangan dihati..kepada-Nya ku pasrahkan diri..mengadu nasib dengan harapan hati yang pernah kau hancurkan akan kembali sembuh dari luka dan tak akan ada parut-parut yang bisa mengingatkan aku
kepada kamu.

Ya Allah kau kuatkanlah hatiku..kuatkanlah aku untuk menghadapi segala dugaan dan ujian yang Engkau berikan..Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah lagi hina,aku tak kuat untuk menanggung bebanan ini..Segala cacian dan hinaan yg ku terima ini terlalu sakit untuk aku telan..terlalu pedih menghiris-hiris.Tabahkanlah hati ku ini ya Allah.
Dugaan apa lagi yang harus aku terima?Aku tak mengerti kenapa setiap kali aku cuba melupakan cinta kamu..kau hadir semula memberikan harapan lalu kau musnahkah kembali.Kenapa kau selalu datang dan pergi sesuka hatimu..Adakah aku sekadar penghibur ketika dukamu?Adakah aku cuma pelepas rindumu pada seseorang?Aku bukan boneka yang boleh kau pergunakan sesuka hatimu..
Ya Allah aku yakin pada ketentuan-Mu,sekiranya dia memang tercipta untukku..permudahkan untukku ya Allah..aku redha kiranya dia bukan milikku..bawalah dia jauh dari penglihatan ku..luputkanlah dia dari ingatanku.Kau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.Lindungilah hamba-Mu ini ya Allah..Amin.

Sunday, December 12, 2010

Ahad yg sunyi...

Aduh bosannye..xtau nak buat hape arini...xde apa yg menarik..xde keja kat luar tu pulak hujan renyai2 tapi semakin lebat...
Dalam hujan2 ni telinga ni lak terdegar 1 lagu evergreen bertajuk..`Kehebatan Bercinta` adess cm kena lak lagu ngn suasana yg hujan nie masyuk je ahh layan jela...mmg best
  
Hatiku masih seperti dulu
Tidak pernah pun berubah cintanya
Adakah engkau masih sepertiku
Yang setia selamanya
         Hatiku masih merinduimu
         Biarpun kau jauh dariku
         Selagi rindu mengusik kalbu
         Cintaku masih padamu
Tahukah engkau betapa hebat cintaku
Tanpamu disisi aku keresahan
Tahukah engkau betapa hebat kasihku
Tanpa mu disisi aku kerinduan
         Biarpun ombak merubah pantai
         Kasihku tak akan hancur berderai
         Biarpun hari berganti hari
         Kau tetap ku nanti


huhuhuhu xtau nak merepek apa dah..zzzzz

Wednesday, December 8, 2010

dot..dot..

Jika kamu menyayangi kekasih kamu,sayangilah dengan sepenuh hati
kamu..jangan pernah biarkan dia, Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik
cinta itu tak pernah hadir..Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu bersamanya..