Sunday, February 20, 2011

Katakan Tidak Pada Cinta????

 C.I.N.T.A setiap manusia tidak akan terlepas dari memiliki rasa cinta.
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayangi dan menyayangi itu fitrah manusia.Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.





Opsss! sebelum kita katakan tidak pada cinta cuba kita renung-renungkan apa itu cinta?

1.Cinta Monyet
   Bercinta dengan si monyet ke?Oh tidak...
- cinta monyet adalah  cinta yang tampak main-main kerana tidak tahu apa erti cinta sebenarnya...Cinta yang melanda pada saat kita masih kecil secara usia dan belum dewasa secara psikologis

- cinta monyet, boleh dilihat dari hobi monyet...dengan cepat dan mudahnya melompat dari pohon ke pohon lain...sebagai ungkapan betapa mudahnya cinta itu melompat dan berpindah.

2.Cinta Suka-suka
   `Aku suka dia mak..aku sayang dia mak`..macam lirik lagu Iwan tu hahaha.
Saja suka-suka nak rasa nikmat bercinta..Cemburu la tengok kengkawan semua bercinta.Kalau diorang
semua boleh bercinta kenapa aku tak boleh??macam nie la lebih kurang.

3.Cinta Paras Rupa
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

4.Cinta Simpati
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan tersebut.Mungkin juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya kerana ianya hanya bersifat sementara.

5.Cinta Materialistik
Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.

6.Cinta Buta
Bila cinta dah buta...sebenarnya orang tu yang buta hati...semuanya nampak indah belaka sehingggakan  tidak dapat lagi menilai baik buruk sesuatu keputusan yang diambil.Kerana cinta lautan api sanggup direnangi,ibu bapa sanggup dibelakangi itu lah padahnya cinta buta.

Bila cinta semuanya indah..Bila kecewa semuanya salah sehinggakan ada yang menyalahkan takdir Allah.
Seringkali kita menyoalkan..Kenapa??Mengapa??Apa salah aku??Bukankah kita perlu redha di atas ketentuanNya?Segala-galanya sudah diatur untuk kita..ada hikmah yang tersembunyi disebalik tiap kekecewaan.Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
























Tuesday, January 4, 2011

DediKasi Untuk seSeoRang

Tanpa mu aku la yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku
Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu
Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu



                               Awak maafkan saya sebab dah lukakan hati awak..
Saya tak sengaja & tak ada niat pun nak buat awak rasa macam tue..Maafkan saya sebab saya sesalu je buat salah..hari-hari ada je kesalahan yang saya buat..saya tau perkataan maaf ni mungkin dah tak ada makna buat awak..mungkin awak pun dah jemu dengar semua nie.....takpe saya faham kalau awak tak boleh maafkan saya...saya bukan sapa-sapa pun.
Tapi awak percaya la saya tengah belajar memahami awak..saya tengah belajar memahami apa yang awak suka & apa yang awak tak suka...saya tengah belajar menerima teguran awak..Tapi kalau awak rasa saya tak layak diberi peluang tu,takpe awak saya sedar sapa diri saya..dah nasib saya macam ni selalu ja kecewa.
Terima kasih awak sudi temankan saya tika saya dalam kesedihan.awak hadir ketika perasaan saya bercelaru..terima kasih sebab buat saya ketawa..